Veet® Suprem'Essence Wax Strips untuk Kulit Normal/Kering

Jenis kulit saya ialah

  • Nomal

Persediaan

  • Tiada masa persediaan - Wax Strips sedia untuk digunakan

Saya mahu

  • Kesan segera
  • Kesan yang tahan lama

Bahagian Badan

  • Kaki
  • Lengan

Sekarang anda boleh memiliki kulit yang licin dan cantik menawan sehingga 28 hari!

Ciri-ciri Produk

  • Tidak perlu menggosok
  • Menanggalkan bulu roma sependek 1.5mm
  • Haruman menawan

Penerangan Produk

Dengan Veet Wax Strips , anda boleh melulur dan melicinkan kulit dengan segera dan kesannya tahan sehingga empat minggu. Ia dirumus khas dengan adunan Minyak Pati dan sentuhan keharuman velvet rose untuk memberikan kelembapan dan keharuman kepada kulit anda. Dan ia mudah digunakan – cuping khas EasyGrip™ membantu anda menguasai kepakaran dan teknik untuk menanggalkan bulu roma dari umbi dengan satu sentapan mudah. Malah, Veet Wax Strips boleh digunakan untuk menanggalkan bulu roma pendek – dan, dengan penggunaan secara tetap, bulu roma yang tumbuh semula adalah lebih sedikit, lebih halus dan lebih lembut.

Kandungan Pek

18 wax strips Sedia Untuk Digunakan
4 Tisu Lembap Perfect Finish
1 x risalah

Baca dan ikut semua langkah berjaga-jaga dan arahan sebelum penggunaan

Sesuai untuk digunakan pada kaki, lengan, bawah lengan dan garis bikini.
TIDAK SESUAI untuk digunakan di kepala, muka, mata, hidung, telinga, keliling dubur, kemaluan, puting atau mana-mana bahagian badan yang lain.
Jangan guna pada kulit yang mempunyai vena varikos, parut, tahi lalat, kulit yang berbintik-bintik, pecah, rengsa, terkena selaran matahari atau kulit yang pernah mengalami kesan tidak diingini daripada penggunaan lilin penanggal bulu roma pada masa lepas. Sentiasa peruntukkan selang masa 72 jam antara sesi menanggalkan bulu roma.
Dapatkan kepastian daripada doktor anda sebelum penggunaan jika anda sedang mengambil sebarang ubat yang boleh menjejaskan kulit atau jika anda mengalami sebarang masalah berkaitan kulit.
Penggunaan lilin tidak sesuau untuk orang tua, pesakit diabetes atau orang yang mengambil ubat retinoid oral.
Jika anda belum pernah menggunakan lilin, kami mengesyorkan anda mula dengan menanggalkan bulu roma daripada kaki. Hanya selepas anda mendapat pengalaman, barulah anda ke bahagian sensitif di bawah lengan dan garis bikini.
Sebelum penggunaan, pastikan kulit anda kering, tidak mengalami kerengsaan, dan tiada kesan krim, minyak atau deodoran.
Sebelum setiap penggunaan, UJI TINDAK BALAS KULIT ANDA dengan menyapu dan melurut produk pada sebahagian kecil kulit yang perlu dirawat, dengan mengikut semua arahan penggunaan. Jika selepas 24 JAM tiada kesan yang tidak diingini, anda boleh terus menggunakan produk.
Jika anda mengalami sebarang rasa pedih/menggelenyar semasa penggunaan, segera tanggalkan produk dengan menggunakan belakang jalur yang sudah digunakan, tisu lembap Perfect Finish atau minyak bayi, kemudian bilas dengan air sejuk hingga bersih. Jika rasa pedih berlarutan, dapatkan nasihat perubatan.
Jangan guna wax pada bahagian yang sama lebih daripada sekali.
Kulit mungkin lebih sensitif seketika selepas penggunaan. Jadi, jangan garu.
Selepas penggunaan, kami syorkan anda tunggu 24 jam sebelum menggunakan sebarang produk anti peluh, produk wangian, menggunakan alat pemerangan kulit tiruan, berenang atau berjemur di bawah matahari.
Jika anda kehabisan tisu lembap Perfect Finish, guna minyak bayi. Jangan guna air, sabun atau alkohol untuk menanggalkan lilin.
SIMPAN DI TEMPAT YANG TIDAK BOLEH DILIHAT DAN DICAPAI OLEH KANAK-KANAK.
Sekiranya tertelan, segera dapatkan nasihat perubatan dan tunjukkan pembungkusan luar.
Elakkan terkena mata. Sekiranya terkena mata, segera bilas dengan banyak air dan dapatkan nasihat perubatan.
Penggunaan wax sesuai untuk wanita mengandung tetapi boleh menyebabkan lebam.