Veet® Facial EasyGrip™ Wax Strips untuk kulit normal

Jenis kulit saya ialah

  • Nomal

Persediaan

  • Tiada masa persediaan - Wax Strips sedia untuk digunakan.

Saya mahu

  • Kesan yang tahan lama
  • Kesan segera

Bahagian Badan

  • Muka

Sekarang anda boleh memiliki kulit yang licin dan cantik menawan sehingga 28 hari!

Ciri-ciri Produk

  • Tidak perlu menggosok
  • Menanggalkan bulu roma sependek 1.5mm
  • Haruman menawan

Penerangan Produk

Dengan Veet Wax Strips, anda boleh mendapat keyakinan untuk berdepan dengan dunia, kerana ia memberikan sentuhan kelicinan yang menjadi sebagai sebahagian daripada amalan kecantikan anda. Sesuai untuk bahagian kecil dan sensitif seperti atas bibir, pipi dan dagu. Ia dirumus dengan Shea Butter, yang terkenal kerana ciri-ciri kelembapannya dan diberi sentuhan keharuman Berry untuk disesuaikan dengan Kulit Normal . Ia sungguh mudah untuk digunakan – cuping khas Easy Grip™ membolehkan anda mendapat kelicinan sehingga empat minggu dalam satu langkah mudah. Malah, Veet Wax Strips untuk muka berkesan menanggalkan bulu roma pendek – dan, dengan penggunaan secara tetap, bulu roma yang tumbuh semula adalah lebih sedikit, lebih halus dan lebih lembut.

Kandungan Pek

20 Wax Strips
4 tisu lembap Perfect Finish
1 x risalah

Baca dan ikut semua langkah berjaga-jaga dan arahan sebelum penggunaan

Sesuai untuk digunakan pada bahagian atas bibir, pipi dan dagu.
TIDAK SESUAI untuk digunakan pada bahagian muka yang lain, kepala, telinga, keliling dubur, kemaluan, puting atau mana-mana bahagian badan yang lain.
Jangan guna pada kulit yang mempunyai vena varikos, parut, tahi lalat, kulit yang berbintik-bintik, pecah, rengsa, terkena selaran matahari atau kulit yang pernah mengalami kesan tidak diingini daripada penggunaan lilin penanggal bulu roma pada masa lepas. Sentiasa peruntukkan selang masa 72 jam antara sesi menanggalkan bulu roma.
Dapatkan kepastian daripada doktor anda sebelum penggunaan jika anda sedang mengambil sebarang ubat yang boleh menjejaskan kulit atau jika anda mengalami sebarang masalah berkaitan kulit.
Penggunaan lilin tidak sesuau untuk orang tua, pesakit diabetes atau orang yang mengambil ubat retinoid oral.
Jika anda belum pernah menggunakan lilin penanggal buylu roma, kami syorkan anda mula dengan menanggalkan bulu roma daripada kaki. Hanya selepas anda mendapat pengalaman, barulah anda ke bahagian sensitif di muka.
Sebelum penggunaan, pastikan kulit anda kering, tidak mengalami kerengsaan, dan tiada kesan krim, minyak atau deodoran.
Sebelum setiap penggunaan, UJI TINDAK BALAS KULIT ANDA dengan menyapu dan melurut produk pada sebahagian kecil kulit yang perlu dirawat, dengan mengikut semua arahan penggunaan. Jika selepas 24 JAM tiada kesan tidak diingini, anda boleh terus menggunakan produk.
Jika anda mengalami sebarang rasa pedih/menggelenyar semasa penggunaan, segera tanggalkan produk dengan menggunakan belakang jalur yang sudah digunakan, tisu lembap Perfect Finish atau minyak bayi, kemudian bilas dengan air sejuk hingga bersih. Jika rasa pedih berlarutan, dapatkan nasihat perubatan.
Jangan guna wax pada bahagian yang sama lebih daripada sekali.
Kulit mungkin lebih sensitif seketika selepas penggunaan. Jadi, jangan garu.
Selepas penggunaan, kami syorkan anda tunggu 24 jam sebelum menggunakan sebarang produk wangian, menggunakan alat pemerangan kulit tiruan, berenang atau berjemur di bawah matahari.
Jika anda kehabisan tisu lembap Perfect Finish, anda boleh guna minyak bayi. Jangan guna air, sabun atau alkohol untuk menanggalkan lilin.
SIMPAN DI TEMPAT YANG TIDAK BOLEH DILIHAT DAN DICAPAI OLEH KANAK-KANAK.
Sekiranya tertelan, segera dapatkan nasihat perubatan dan tunjukkan pembungkusan luar.
Elakkan terkena mata. Sekiranya terkena mata, segera bilas dengan banyak air dan dapatkan nasihat perubatan.
Penggunaan lilin sesuai untuk wanita mengandung tetapi boleh menyebabkan lebam.