Veet® Suprem'Essence Hair Removal Cream untuk Kulit Normal/Kering

Veet® Suprem'Essence Hair Removal Cream untuk Kulit Normal/Kering

Veet Hair removal cream bertindak hampir dengan umbi walaupun bulu roma pendek, untuk memberikan kelicinan sehingga satu minggu. Suprem’ Essence adalah formula kecantikan untuk Kulit Normal dan Kering. Ia diperkaya dengan adunan minyak pati dan diberi sentuhan keharuman bunga velvet rose. Kulit anda bukan sahaja licin, tetapi juga selembut sutera dan dibelai manja – manakala bulu roma yang tumbuh semula juga terasa lebih lembut.

Kandungan Pek

  • 1 x tiub 90ml
  • 1 x Spatula

Bahan

Aqua, Urea, Potassium Thioglycolate, Paraffinum Liquidum , Cetearyl Alcohol, Calcium Hydroxide, Talc, Ceteareth-20, Glycerin, Sorbitol, Parfum, Potassium Hydroxide, Magnesium Trisilicate, Propylene Glycol , Lithium Magnesium Sodium Silicate, Butyrospermum Parkii Butter, Sodium Gluconate, Limonene, Citrus Aurantium Dulcis Peel Oil, Citrus Grandis Peel Oil, Benzyl Alcohol, Acrylates Copolymer, Linalool, Hydrated Silica, Butylphenyl Methylpropional, CI 77891

Maklumat

Jenis kulit saya ialah

  • Normal
  • Kering

Persediaan

  • 3 - 6 minit

Saya mahu

  • Kesan segera

Bahagian Badan

  • Kaki
  • Garis Bikini
  • Bawah Lengan
  • Lengan
Langkah Berjaga-jaga

Langkah Berjaga-jaga

Simpan pembungkusan luar untuk semua panduan. Baca & ikut semua langkah berjaga-jaga dan arahan sebelum penggunaan.

  1. Jumlah masa penggunaan tidak boleh melebihi 6 minit.
  2. Sesuai untuk digunakan pada kaki, lengan, bawah lengan & garis bikini. TIDAK SESUAI untuk digunakan di kepala, muka, mata, hidung, telinga, keliling dubur, kemaluan, puting atau mana-mana bahagian badan yang lain.
  3. Do 3. Jangan guna pada kulit yang mempunyai vena varikos, parut, tahi lalat, berbintik-bintik, pecah, rengsa, terkena selaran matahari atau kulit yang pernah mengalami kesan tidak diingini daripada penggunaan krim penanggal bulu roma pada masa lepas. Sentiasa peruntukkan selang masa 72 jam antara sesi menanggalkan bulu roma. 
  4. Dapatkan kepastian daripada doktor anda sebelum penggunaan jika anda sedang mengambil ubat yang boleh menjejaskan kulit, jika anda menghidap sebarang masalah berkaitan kulit, atau jika anda mengalami keadaan yang boleh menjejaskan kulit. 
  5. Sebelum setiap penggunaan, UJI TINDAK BALAS KULIT ANDA dengan menyapu dan melurut produk pada sebahagian kecil kulit yang perlu dirawat, dengan mengikut semua arahan penggunaan. Jika selepas 24 JAM tiada kesan tidak diingini, anda boleh terus menggunaka produk.
  6. Jika anda mengalami sebarang rasa pedih/menggelenyar semasa penggunaan, segera lurutkan produk dan bilas dengan air sejuk hingga bersih. Jika rasa pedih berterusan, dapatkan nasihat perubatan. 
  7. Kulit mungkin lebih sensitif seketika selepas penggunaan. Jadi, jangan garu. 
  8. Selepas penggunaan, kami syorkan anda tunggu 24 jam sebelum menggunakan sebarang produk anti peluh, produk wangian, menggunakan alat pemerangan kulit tiruan, berenang atau berjemur di bawah matahari.
  9. SIMPAN DI TEMPAT YANG TIDAK BOLEH DILIHAT DAN DICAPAI OLEH KANAK-KANAK.
  10. Sekiranya tertelan, segera dapatkan nasihat perubatan dan tunjukkan pembungkusan luar.
  11. Elakkan terkena mata. Sekiranya terkena mata, segera bilas dengan banyak air dan dapatkan nasihat perubatan.
  12. Mengandungi alkali dan thioglycolate.
  13. Produk boleh menyebabkan permukaan menjadi licin.
  14. Elakkan tumpahan di atas permaidani, pakaian dan lantai.