Veet® Hair Removal Cream untuk kulit kering

Veet® Hair Removal Cream untuk kulit kering

Veet Hair Removal Cream bertindak hampir dengan umbi walaupun bulu roma pendek, untuk memberikan kelicinan sehingga satu minggu. Jadi, kulit anda bukan sahaja licin, tetapi juga sihat dan selembut sutera – manakala bulu roma yang tumbuh semula juga terasa lebih lembut.

Kandungan Pek

  • 1 x tiub 100ml
  • 1 x Spatula

Bahan

Aqua, Urea, Paraffinum Liquidum, Cetearyl Alcohol, Potassium Thioglycolate, Calcium Hydroxide, Talc, Ceteareth-20, Pentaerythrityl Tetraisostearate, Cyclopentasiloxane, Magnesium Trisilicate, Potassium Hydroxide, Propylene Glycol, Lithium Magnesium Sodium Silicate, Dimethiconol, Butyrospermum Parkii Butter, Prunus Amygdalus Dulcis Oil, Acrylates Copolymer, Sodium Gluconate, Hydrated Silica, Parfum, Citronellol, Hexyl Cinnamal, Linalool, Butylphenyl Methylpropional, Alpha Methyl Ionone, CI 77891, CI 77289

Maklumat

Jenis kulit saya ialah

  • Kering

Persediaan

  • 5 - 10 minit

Saya mahu

  • Kesan segera

Bahagian Badan

  • Kaki
  • Garis Bikini
  • Bawah Lengan
  • Lengan
Langkah Berjaga-jaga

Langkah Berjaga-jaga

Simpan pembungkusan luar untuk panduan. Baca & ikut semua langkah berjaga-jaga dan arahan sebelum penggunaan.

  1. Jumlah masa penggunaan tidak boleh melebihi 6 minit.
  2. Sesuai untuk digunakan pada kaki, lengan, bawah lengan & garis bikini. TIDAK SESUAI untuk digunakan di kepala, muka, mata, hidung, telinga, keliling dubur, kemaluan, puting atau mana-mana bahagian badan yang lain.
  3. Jangan guna pada kulit yang mempunyai vena varikos, parut, tahi lalat, kulit berbintik-bintik, pecah, rengsa, terkena selaran matahari atau kulit yang pernah mengalami kesan tidak diingini daripada penggunaan lilin penanggal bulu roma pada masa lepas. Sentiasa peruntukkan selang masa 72 jam antara sesi menanggalkan bulu roma. 
  4. Dapatkan kepastian daripada doktor anda sebelum penggunaan jika anda sedang mengambil ubat yang boleh menjejaskan kulit, jika anda menghidap sebarang masalah berkaitan kulit, atau jikaanda mengalami keadaan yang boleh menjejaskan kulit. 
  5. Sebelum setiap penggunaan, UJI TINDAK BALAS KULIT ANDA dengan menyapu dan melurut produk pada sebahagian kecil kulit yang perlu dirawat, dengan mengikut semua arahan penggunaan. Jika selepas 24 JAM tiada kesan tidak diingini, anda boleh terus menggunakan produk.
  6. Jika anda mengalami sebarang rasa pedih/menggelenyar semasa penggunaan, segera lurutkan produk dan bilas dengan air sejuk hingga bersih. Jika rasa pedih berlarutan, dapatkan nasihat perubatan.
  7. Kulit mungkin lebih sensitif seketika selepas penggunaan. Jadi, jangan garu. 
  8. Selepas penggunaan, kami syorkan anda tunggu 24 jam sebelum menggunakan sebarang produk anti peluh, produk wangian, menggunakan alat pemerangan kulit tiruan, berenang atau berjemur di bawah matahari.
  9. SIMPAN DI TEMPAT YANG TIDAK BOLEH DILIHAT DAN DICAPAI OLEH KANAK-KANAK.
  10. Sekiranya tertelan, segera dapatkan nasihat perubatan dan tunjukkan pembungkusan luar.
  11. Elakkan terkena mata. Sekiranya terkena mata, segera bilas dengan banyak air dan dapatkan nasihat perubatan.
  12. Mengandungi alkali dan thioglycolate.
  13. Produk boleh menyebabkan permukaan menjadi licin.
  14. Elakkan tumpahan di atas permaidani, pakaian dan lantai.