Penanggalan Bulu Roma : Sekarang menggunakan pisau cukur?

Jika anda gemar menggunakan pisau cukur dan anda teringin untuk mencuba produk Veet sebagai alternatif untuk menanggalkan bulu roma, terdapat banyak manfaat yang bakal anda perolehi dan semua produk Veet memberi kesan yang tahan lebih lama daripada kaedah bercukur.

Dengan bercukur, bulu roma anda boleh tumbuh semula dalam masa dua hari dan mengeringkan kulit anda.

Veet wax boleh memberikan kelicinan sehingga 4 minggu. Malah, Veet Wax Strips berkesan menanggalkan bulu roma yang pendek dan dengan penggunaannya secara tetap, bulu roma yang tumbuh semula adalah lebih sedikit, lebih halus, dan lebih lembut.

Dan jika anda lebih suka cara yang cepat dan tidak menyakitkan untuk menanggalkan bulu roma yang tidak diingini,anda boleh mencuba krim penanggal bulu roma. Formula kami melembutkan bulu roma supaya lebih mudah ditanggal daripada kulit, dan mengandungi pelembap tambahan untuk menjadikan kulit lebih cantik. Kesannya tahan dua kali lebih lama daripada kaedah bercukur dan ini bermakna anda dapat mengurangkan masa untuk menanggalkan bulu roma yang tidak diingini.

Penggunaan Veet adalah jauh lebih mudah daripada yang anda sangkakan. Ikut sahaja arahan pada pembungkusan dan tonton video arahan kami yang menyenangkan sebagai panduan.


Kami yakin anda akan suka menggunakan Veet, yang membuat kulit anda licin, sihat dan bebas daripada luka dan calar.