Mitos Dan Fakta : Mitos

Mencukur adalah kaedah paling cekap untuk menanggalkan bulu roma.

→ MITOS
Anda akan dapati bulu roma tumbuh semula selepas hanya satu atau dua hari anda bercukur dengan pencukur. Tetapi dengan Veet, kulit anda kekal licin sehingga empat minggu - dan mengelakkan permukaan kulit menjadi kasar seperti yang biasa didapati selepas cukuran.

Hair removal creams tidak boleh digunakan pada garis bikini.

→ MITOS

Anda boleh menggunakan krim penanggal bulu roma Veet pada garis bikini, tetapi dengan berhati-hati agar tidak terkena bahagian sulit anda. Penggunaan produk pada bahagian terlalu dekat dengan bahagian kemaluan boleh mendatangkan kesan mudarat.

Anda harus melulur kulit pada hari yang sama anda menanggalkan bulu roma.

→ MITOS
Untuk mendapatkan kesan terbaik apabila anda meluruhkan bulu roma, lulur kulit anda 24 jam sebelum menggunakan produk Veet. Ini boleh menjadikan kulit anda terasa lebih licin seperti sutera.

Lebih kerap anda singkirkan bulu roma badan anda, lebih tebal bulu roma yang akan tumbuh semula.

→ MITOS
Penggunaan wax secara kerap dan berulang kali sebenarnya membuat bulu roma yang tumbuh semula lama-kelamaan menjadi lebih halus dan nipis, dan produk krim penyingkir bulu roma kami tidak sedikit pun mempengaruhi ketebalan bulu roma. Dengan Veet, anda mendapat kelicinan kulit anda yang tahan lebih lama dan merasa yakin bahawa bulu roma yang tumbuh semula tidak menjadi lebih tebal.

Mereka yang berkulit sensitif tidak boleh menggunakan Veet.

→ MITOS
Anda boleh menggunakan Veet jika anda mempunyai kulit sensitif! Kami mempunyai rangkaian produk yang dirumus khas untuk jenis kulit sensitif. Cari produk yang bercetak ‘sensitive skin’ (kulit sensitif) pada pek - dan telah diuji secara dermatologi. Jika anda mempunyai kulit normal, anda dinasihatkan supaya menguji produk terlebih dahulu pada kulit anda. Ikut semua arahan pada risalah dalam pembungkusan.

Wajarkah saya menggunakan produk berasaskan alkohol apabila menanggalkan bulu roma?

→ MITOS
Untuk mengelakkan kerengsaan kulit, jangan sama sekali menggunakan produk berasaskan alkohol sama ada sebelum, semasa atau selepas menyingkirkan bulu roma. Bersihkan sebarang sisa wax dengan tisu lembap Veet Perfect Finish Wipe dan anda boleh melangkah keluar dengan penuh keyakinan

Mandi air panas baik untuk kulit.

→ MITOS
Mandi air panas terlalu lama boleh mengeringkan kulit anda. Cuba mandi sekejap dengan air suam atau air sejuk demi kebaikan kulit dan juga alam sekitar!

Jika cuaca mendung, saya tidak perlu pakai tabir suria.

→ MITOS
Sinar ultra ungu boleh menyebabkan penuaan awal dan kerosakan kulit. Jadi, anda perlu memakai tabir suria untuk melindungi kulit anda daripada pendedahan UV, walaupun pada hari mendung. Jadikan ini sebahagian daripada amalan harian untuk menjaga kecantikan anda!

Memang sukar untuk mengekalkan kulit tanpa bulu roma.

→ MITOS
Menjaga kulit dan mengekalkan kelicinannya adalah lebih mudah daripada yang anda sangkakan. Dengan Veet, anda boleh memilki kulit yang licin sehingga empat minggu. Lebih penting lagi, dengan Veet wax, bulu roma yang tumbuh semula adalah lebih sedikit, lebih halus, dan lebih lembut!. Kami sedia membantu anda memilih cara untuk menanggalkan bulu roma yang paling sesuai dengan gaya hidup anda. Cubalah Carikan Veet Saya untuk memilih produk yang sesuai untuk anda.


Sesiapa sahaja boleh menggunakan produk lilin.

→ MITOS

Wax tidak sesuai untuk orang tua atau pesakit diabetes (kencing manis) , dan walaupun sesuai untuk wanita mengandung, penggunaan boleh menyebabkan lebam. Jadi, kami tidak mengesyorkan Veet Hair Removal Cream untuk sesiapa yang mengandung, menghidap diabetes atau tua. Baca langkah berjaga-jaga dan arahan pada pembungkusan untuk maklumat lanjut.

Krim penyingkir bulu roma dan pisau cukur bertindak dengan cara yang sama.

→ MITOS
Dengan penggunaan Veet Hair Removal Cream , kulit menjadi lebih licin dan lebih lembut. Bulu roma ditanggalkan di bawah permukaan kulit dan tumbuh semula dengan hujung bulat, dan terasa lembut bila disentuh. Sebaliknya, pisau cukur memotong bulu roma di atas permukaan kulit, meninggalkan tunggul yang tajam dan membuat kulit anda lebih cepat terasa kasar.

Bulu roma mengambil masa yang sama untuk tumbuh semula jika saya menggunakan krim atau mencukur.

→ MITOS
Krim Veet bertindak lebih dekat dengan akar umbi, memberi kesan yang tahan sehingga dua kali lebih lama daripada amalan bercukur. Jadi, anda boleh memiliki kulit yang cantik dengan sentuhan licin dan lembut, tanpa bulu roma, untuk lebih lama daripada jika anda menggunakan pisau cukur!

 

Kita perlu tunggu sekurang-kurangnya satu bulan sebelum boleh menggunakan lilin sekali lagi.

→ MITOS
Veet Wax Strips direka untuk menanggalkan bulu roma sependek 1.5mm (1/16 inci), ini bersamaan sebutir pasir pada mata kasar kita. Jadi, anda tidak perlu tunggu hingga bulu roma panjang untuk menanggalkannya dengan lilin. Anda boleh mengekalkan kelicinan kulit dengan senang dan memastikan bulu roma yang tumbuh semula tidak akan kekal lama!