Penanggalan Bulu Roma : Menanggalkan bulu roma pada garis bikini

Memakai bikini dengan bulu roma kelihatan pada garis bikini pasti memalukan, tetapi dengan Veet anda sentiasa akan tampak menawan! Yakin dan bersedialah dengan memilih Veet – sama ada anda mahukan kesan yang cepat apabila anda kesuntukan masa, atau kesan yang tahan lama dan mengekalkan kelicinan garis bikini anda sehingga empat minggu.

  • Untuk cara menanggalkan bulu roma pada garis bikini yang cepat dan tidak menyakitkan, cubalah Veet Hair Removal Creams. Ia dirumus khas untuk menyenangkan anda menanggalkan bulu roma dan mengekalkan kelembapan kulit anda. Hati-hati untuk menjauhkan krim dari bahagian sulit anda dan jangan sesekali membiarkan krim lebih lama daripada masa yang disyorkan*.
  • Dengan Veet wax, anda boleh mengekalkan kelicinan garis biki sehingga empat minggu. Pilih Veet bikini wax strips untuk cara sedia digunakan yang memberikan kesan yang tahan lebih lama dan profesional di rumah anda sendiri.

Memang senang untuk menanggalkan bulu roma dari bahagian bikini, tetapi memandangkan ini adalah bahagian sensitif, sebaik-baiknya ikut petua kami untuk memastikan anda mendapat kesan terbaik dan mengelakkan kerengsaan.

  • Sebelum penggunaan, uji produk pada sebahagian kecil kulit yang perlu dirawat. Ikut semua arahan penggunaan dalam risalah dan jika tiada sebarang kesan tidak diingini selepas 24 jam, anda boleh terus menggunakan produk. 
  • Anda boleh menggunakan krim penanggal bulu roma Veet pada garis bikini, tetapi berhati-hati supaya tidak tersentuh bahagian sulit anda. Menggunakan produk terlalu dekat dengan bahagian sulit boleh mendatangkan kesan tidak diingini.
  • *Masa untuk Hair Removal Creams bertindak bergantung pada jenis produk. Krim untuk kulit normal dan kering mengambil masa 3 hingga 6 minit, manakala Krim untuk kulit sensitif memerlukan masa 5 hingga 10 minit. Untuk kepastian, ikut arahan pada pembungkusan dengan teliti, khususnya berkaitan masa tindakan.


Jika anda menggunakan Wax strips, anda boleh potong ikut saiz bahagian yang lebih sensitif dan untuk menyenangkan anda.

  • Cekaman bulu roma boleh menyusahkan, lebih-lebih lagi di garis bikini. Lulur 24 jam sebelum menggunakan Veet dan pakai seluar dalam daripada fabrik kapas dan pakaian longgar selepas menanggalkan bulu roma untuk mengelakkan cekaman.
  • Untuk menjaga kecantikan kulit dan mengelakkan kerengsaan, jangan guna produk wangian (seperti pelembap), jangan berenang, berjemur di bawah matahari atau menggunakan katil pemerangan kulit untuk sekurang-kurangnya 24 jam selepas menanggalkan bulu roma.