Penanggalan Bulu Roma : Menanggalkan bulu roma muka

Bagi seorang gadis, menanggalkan bulu roma dalam sekelip mata adalah satu rahsia! Veet memberi anda keyakinan untuk berdepan dengan dunia, dengan memberikan sentuhan kelicinan. Rangkaian produk penanggal bulu roma muka Veet ideal untuk bahagian kecil dan rumit seperti kening, atas bibir, pipi dan dagu.

  • Veet Wax Strips untuk muka anda sungguh senang untuk digunakan – dengan cuping Easy Grip™ khas bermakna anda boleh mendapat kelicinan sehingga empat minggu dengan satu sentapan mudah. Malah, ia berkesan untuk menanggalkan bulu roma pendek – dan, dengan penggunaan secara tetap, bulu roma yang tumbuh semula adalah lebih sedikit, lebih halus dan lebih lembut.


Memang senang untuk menanggalkan bulu roma daripada muka anda, tetapi memandangkan kulit muka lebih sensitif, sebaik-baiknya ikut petua kami untuk memastikan kecantikan, kelicinan dan kelembutan kulit anda

  • Sebelum penggunaan, uji produk pada sebahagian kecil kulit yang perlu dirawat. Ikut semua arahan penggunaan dalam risalah dan jika tiada sebarang kesan tidak diingini selepas 24 jam, anda boleh terus menggunakan produk. 
  • Untuk mendapatkan kesan terbaik, pastikan muka anda bersih dan kering sebelum menggunakan Veet .
  • Untuk menjaga kecantikan kulit dan mengelakkan kerengsaan, jangan guna produk wangian (seperti pelembap), atau berenang, berjemur di bawah matahari atau menggunakan katil pemerangan kulit untuk sekurang-kurangnya 24 jam selepas menanggalkan bulu roma.