Penanggalan Bulu Roma : Bolehkah saya meluruhkan bulu roma saya sendiri?

Veet membolehkan anda memiliki kulit yang licin bila disentuh dalam keselesaan rumah anda sendiri. Anda hanya perlu ikut beberapa langkah mudah dan menggunakan produk Veet yang paling sesuai dengan kulit anda pada bahagian yang perlu ditanggalkan bulu roma.

Tidak pasti apakah produk Veet yang sesuai untuk anda? Cubalah Cari Veet Saya untuk membantu anda memilih produk yang sesuai untuk mencapai kesan yang anda ingini. Sungguh mudah untuk menggunakan Veet - hanya ikut semua arahan pada pembungkusan dan tonton video arahan kami yang menyenangkan sebagai panduan anda.

Sebelum menggunakan setiap produk untuk menanggalkan bulu roma, uji kesensitifan kulit anda dengan menyapu dan melurut produk pada sebahagian kecil kulit yang perlu dirawat. Ikut semua arahan penggunaan. Jika selepas 24 jam tiada sebarang kesan yang tidak diingini, anda boleh terus menggunakan produk secara normal.

Selepas penggunaan, kami mengesyorkan anda menunggu 24 jam sebelum menggunakan produk anti peluh, sebarang wangian, peralatan pemerangan kulit tiruan, berenang atau berjemur.