Mitos Dan Fakta : Benar

Veet Hair Removal Cream tidak menjadikan kulit anda lebih gelap.

→ FAKTA
Anda tidak perlu risau jika kulit anda menjadi gelap apabila anda menggunakan Veet. Penggelapan kulit adalah tindak balas kepada kerengsaan dan jika digunakan dengan cara yang betul, Veet Hair Removal Cream tidak merengsakan kulit anda. Untuk menjamin kesan terbaik, lulur kulit 24 jam sebelum menanggalkan bulu roma. Veet Hair Removal Cream dengan pelembap tambahan memudahkan anda memiliki kulit yang terasa menawan.

Anda hendaklah menyediakan kulit anda sebelum menanggalkan bulu roma.

→ FAKTA

Anda hanya memerlukan sedikit masa untuk memastikan anda mendapat kesan terbaik daripada Veet. Basuh dan bilas dengan air suam bahagian yang hendak ditanggalkan bulu roma - ini membuka pori-pori dan membersihkan daki daripada kulit anda. Ikut langkah mudah ini dan anda akan mendapati begitu mudah dan berkesan menggunakan Veet untuk menanggalkan bulu roma!

Penggunaan wax membuat bulu roma lebih lambat tumbuh semula.

→ FAKTA
Penggunaan jalur lilin atau salutan lilin panas Veet menanggalkan bulu roma dari akar umbi. Jadi, bulu roma mengambil masa lebih lama untuk tumbuh semula. Dengan rangkaian Veet wax, bulu roma yang tumbuh semula adalah lebih sedikit, lebih halus, dan lebih lembut.

Pakaian sendat boleh menyebabkan cekaman bulu roma

→ FAKTA
Pakaian sendat boleh menyebabkan cekaman bulu roma kerana ia menghalang pertumbuhan, menyebabkan keradangan folikel bulu roma, lebih-lebih lagi di bahagian bikini. Amalan bercukur memburukkan lagi keadaan. Jadi, selalulah melulur dan cuba pakai pakaian yang longgar agar anda tampak dan rasa cantik menawan tanpa cekaman bulu roma.

Anda tidak sewajarnya mendedahkan kulit kepada matahari selepas menanggalkan bulu roma.

→ FAKTA
Sebaik-baiknya, anda patut tunggu 24 jam untuk mencegah selaran matahari atau pemerangan kulit yang tidak sekata dengan bahan pemerangan. Kulit anda lebih sensitif selepas peluruhan bulu roma. Jadi, anda perlu memakai tabir suria. Untuk memastikan kulit anda sentiasa kelihatan cantik, gunakan tabir suria setiap hari kerana sinar ultra ungu boleh menyebabkan penuaan awal dan kerosakan kulit.

Anda tidak sewajarnya terus berenang selepas menyingkirkan bulu roma dengan wax.
→ FAKTA
Oleh sebab kulit anda lebih sensitif sedikit selepas penyingkiran bulu roma dengan wax, pilih senaman bentuk lain untuk memberi masa kepada kulit anda pulih dan tampak menawan. Sebaik-baiknya, tunggu 24 jam sebelum berenang.


Anda boleh menyingkirkan bulu roma anda sendiri.

→ FAKTA

Sudah tentulah boleh! Veet menawarkan kesenangan untuk anda menanggalkan sendiri bulu roma anda dan mendapatkan kesan sentuhan kelicinan yang anda inginkan. Video khas kami dan arahan pada pembungkusan memberi anda keyakinan untuk mendapatkan sentuhan kelicinan dalam keselesaan di rumah anda sendiri.


Elakkan cukuran di garis bikini anda.

→ FAKTA

Zon bikini anda adalah bahagian yang sensitif. Amalan bercukur memang menyenangkan, tetapi sebaik-baiknya elakkan zon ini kerana boleh menyebabkan cekaman bulu roma, kulit anda menjadi kering, ditambah pula risiko calar dan luka. Pilih kaedah penanggalan bulu roma Veet dan ingatlah bahawa anda wajar membaca semua arahan pada pembungkusan sebelum penggunaan.


Saya perlu uji Veet sebelum penggunaan pada mana-mana bahagian badan.

→ FAKTA
Sebelum setiap penggunaan, buat ujian pada sebahagian kecil kulit yang hendak dirawat. Jika selepas 24 jam tiada tindak balas buruk, anda boleh terus menggunakan produk.

Tekanan boleh menjejaskan kulit saya.

→ FAKTA
Keresahan boleh memberi kesan kepada kulit anda. Kuatkan semangat dan tenangkan fikiran, tetapkan had untuk diri anda sendiri, dan cuba jangan biarkan tekanan menjejaskan kesihatan anda. Tumpukan pada perkara yang menyeronokkan anda dan manjakan diri anda dari masa ke masa!

Kehamilan mengubah sensitiviti kesakitan anda.

→ FAKTA
Tempoh kehamilan adalah masa yang sangat menarik dan badan anda melalui banyak perubahan yang boleh menjadikan kulit anda lebih sensitif kepada kesakitan. Perubahan hormon dan peningkatan aliran darah dalam kulit boleh menyebabkan tindak balas yang berlainan kepada sesetengah produk. Ini menjadikan lebih penting untuk anda membaca arahan pada pembungkusan sebelum penggunaan.
Bila anda mengandung, penggunaan wax untuk menanggalkan bulu roma boleh menyebabkan kulit lebam. Jadi, kami syorkan penggunaan Veet Hair Removal Creams semasa mengandung. Lihat langkah berwaspada dan arahan pada pembungkusan untuk maklumat lanjut.


Saya boleh mendapat kualiti rawatan salun di rumah.

→ FAKTA
Memang boleh! Semua produk Veet memberi kesan hebat, tetapi kami mengesyorkan agar anda mencuba Veet Easy Wax memandangkan ia adalah rawatan kecantikan yang memberi kualiti rawatan salun sambil menjaga kulit anda, menjadikannya licin bila disentuh hingga empat minggu.

Saya tidak sewajarnya menyingkirkan bulu roma dari bahagian yang sama setiap hari.

→ FAKTA
Kami cadangkan anda memperuntukkan sekurang-kurangnya 72 jam antara aplikasi, tidak kira apakah kaedah yang anda pilih untuk menanggalkan bulu roma anda. Dan berhati-hati agar anda tidak mengenakan wax dua kali di bahagian kulit yang sama semasa proses menanggalkan bulu roma bagi memastikan kulit anda tampak sihat dan menawan.

Apabila menanggalkan bulu roma, kulit saya perlu bersih dan kering.

→ FAKTA
Anda hendaklah membersihkan dan mengeringkan kulit sebelum menggunakan Veet. Minyak dan sisa daripada pelembap atau tabir suria boleh mencegah krim peluruh dan produk lilin daripada memberi kesan terbaik.

Banyak faktor berlainan mempengaruhi sejauh mana kecantikan kulit saya.

→ FAKTA

Pernah anda terfikir mengapa ada hari kulit anda tampak lebih berseri? Anda mungkin mengamalkan petua yang membantu mencantikkan kulit anda. Tabiat makan yang sihat, minum banyak air, penggunaan tabir suria, pengurusan tekanan dan tidur berkualiti secukupnya adalah antara cara mudah untuk membantu anda kelihatan cantik berseri.

 

Penyingkiran bulu roma boleh menjadi lebih menyakitkan semasa haid.

→ FAKTA
Disebabkan wax menanggalkan bulu roma dari akar umbi, ia boleh menyakitkan sedikit! Semasa haid, anda mungkin mendapati penggunaan wax lebih menyakitkan daripada biasa kerana badan anda boleh menjadi lebih sensitif. Cubalah Veet Hair Removal Cream sebagai cara yang tidak menyakitkan untuk menanggalkan bulu roma semasa haid.

Menanggalkan bulu roma adalah lebih menyakitkan pada hari sejuk.
→ FAKTA
Memang benar! Pada hari lebih sejuk, otot kita mengecut di luar kawalan, menyebabkan kulit kita menjadi tegang. Apabila sejuk, carilah tempat yang selesa dan hangat untuk meluruhkan bulu roma bagi membuka pori-pori dan mengurangkan ketidakselesaan. Anda boleh mencuba Veet Hair Removal Cream sebagai cara yang tidak menyakitkan untuk menanggalkan bulu roma pada hari sejuk. Ia sangat baik kerana bahan aktif masuk ke bawah permukaan kulit anda untuk melarutkan protein yang membentuk bulu roma.

Lebih baik mengelakkan penggunaan deodoran yang mengandungi alkohol sebelum dan selepas menanggalkan bulu roma.

→ FAKTA
Produk berasaskan alkohol boleh menyebabkan kerengsaan kulit dan kami cadangkan anda menunggu sehingga 24 jam sebelum menggunakan produk ini semula.

Produk lilin sewajarnya digunakan hanya sekali.

→ FAKTA 
Kami nasihatkan anda supaya tidak menggunakan semula wax selepas ia digunakan untuk menanggalkan bulu roma bagi menjamin kebersihan.

Terdapat satu pengecualian jika anda menggunakan wax. Sebaik sahaja ditanggalkan daripada badan, anda boleh terus menggunakan semula wax yang sama untuk menanggalkan sedikit bulu roma yang tertinggal tadi, tetapi kemudian buang produk secara bertanggungjawab. Selain daripada pengecualian ini, wax terpakai tidak boleh digunakan semula

 

Peluluran boleh mencegah cekaman bulu roma.

→ FAKTA
Kita semua ingin memastikan kulit kita sentiasa licin dan bebas daripada cekaman bulu roma yang tidak menyenangkan. Peluluran menanggalkan lapisan sel mati dan merupakan satu daripada cara paling senang untuk membantu mencegah cekaman. Selalulah melulur – sebaik-baiknya sekali seminggu, melainkan anda mempunyai kulit sensitif yang boleh dilulur setiap lima belas hari.

Memendekkan bulu roma badan sebelum menggunakan wax dapat mengurangkan ketidakselesaan

→ FAKTA
Disebabkan Veet Wax berkesan menanggalkan bulu roma sependek 1.5mm, anda boleh memendekkan bulu roma pada kaki, garis bikini dan ketiak supaya lebih menyenangkan penggunaan produk Veet. Bulu roma yang lebih panjang daripada 5 mm (3/16 inci) hendaklah dipendekkan untuk mengelakkan ketidakselesaan. Tambahan pula langkah ini menjadikan penggunaan produk Veet lebih berkesan, dan anda tidak perlu membazirkan jalur lilin!