Cubalah Veet cream

Cubalah Veet : Cubalah Veet cream

Anda boleh mencuba Veet Hair Removal Cream sebagai cara untuk menanggalkan bulu roma dengan cepat tanpa menyakitkan. Formula kami melembutkan bulu roma supaya ia mudah tanggal daripada kulit, dan mengandungkan pelembap tambahan untuk mencantikkan kulit. Bulu roma ditanggalkan betul-betul di bawah permukaan kulit dan tumbuh semula dengan hujung bulat, membuatnya rasa lebih lembut bila disentuh. Tambahan pula kesannya boleh tahan dua kali lebih lama daripada kaedah bercukur!

Anda boleh pilih krim yang bertindak cepat, khususnya krim untuk kulit sensitif dan in-shower cream kami yang mengandungi bahan kalis air. Spatula juga disertakan supaya anda boleh merasa lega kerana mengetahui anda mempunyai alat yang betul untuk menyapu dan melurut krim. Anda boleh menanggalkan bulu roma yang tidak diingini dalam masa hanya tiga hingga enam minit*, tanpa bersusah payah atau prosedur yang rumit!

Veet cream sesuai untuk kaki, lengan, ketiak dan bahagian bikini. Semua krim sangat mudah digunakan, membolehkan anda memiliki kulit selicin sutera bila disentuh, walau apa pun jenis kulit anda.

Untuk memastikan kulit anda sentiasa sihat dan cantik, anda hendaklah membaca dan mengikut semua arahan, dan jangan sama sekali membiarkan krim lebih lama daripada 6 minit (atau 10 minit jika anda menggunakan krim sensitif).

Anda boleh mendapati arahan lengkap tentang cara untuk menggunakan krim Veet di sini. Atau menonton video arahan kami yang menyenangkan sebagai panduan anda.


*Masa berbeza, bergantung pada jenis produk. Krim untuk kulit normal dan kering: 3 hingga 6 minit.
Krim untuk kulit sensitif: 5 hingga 10 minit.