Petua untuk mengekalkan kelembapan kulit anda

Pelembapan boleh mengekalkan kesihatan dan kesuburan kulit anda, memastikan anda tampak cantik berseri dan mempunyai keyakinan diri! Kita semua ingin mrmiliki kulit yang cantik dan licin dan Veet boleh membantu anda mencapai impian ini. Banyak produk Veet mengandungi bahan pelembap, seperti krim penanggal bulu roma kami yang diperkaya dengan Lotus Milk, yang terkenal kerana ciri-ciri pelembutannya. Jadi, anda akan memiliki kulit yang bukan sahaja licin, tetapi juga selembut sutera – dan pertumbuhan semula bulu roma juga terasa lebih lembut.

Ini adalah beberapa petua lain yang boleh dijadikan sebahagian daripada amalan penjagaan kecantikan anda:

  • Hidratkan kulit anda dari dalam ke luar dengan minum sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas (1.5 hingga 2 liter) air setiap hari.
  • Gunakan krim pelembap yang baik. Anda boleh menggunakan krim ringan pada siang hari dan membelai kulit anda pada waktu malam dengan pelembap yang pekat berkhasiat. Ini penting lebih-lebih lagi pada musim sejuk yang boleh menyebabkan kulit menjadi kering.
  • Amalan melulur baik untuk menanggalkan sel kulit mati. Kebanyakan kulit boleh dilulur sekali seminggu, tetapi jika kulit anda sensitif, anda boleh melulur setiap lima belas hari.
  • Lindungi kulit daripada sinar UV dengan memakai tabir suria setiap hari, walaupun pada hari mendung.
  • Mandi air panas terlalu lama boleh mengeringkan kulit anda. Jadi, jika boleh, turunkan suhu air mandian anda. Anda pasti akan merasai manfaatnya!
  • Gunakan Veet Hair Removal Cream, bukan pisau cukur. Krim Veet bukan sahaja menanggalkan bulu roma, tetapi juga melembapkan kulit anda pada masa yang sama.