Menggunakan Veet® dengan selamat

Semua produk Veet dicipta untuk memberikan sentuhan kelicinan kulit dalam kelesesaan rumah anda sendiri. Anda hendaklah mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan anda mendapat kesan terbaik dan kulit anda sentiasa dalam keadaan cantik.

Sebelum menggunakan sebarang produk untuk menanggalkan bulu roma, uji kulit anda dengan menyapu dan melurut produk pada sebahagian kecil kulit yang perlu dirawat. Ikut semua arahan penggunaan. Jika selepas 24 jam tiada sebarang kesan tidak diingini, anda boleh terus menggunakan produk secara normal. Walau apa pun produk Veet yang anda pilih, pastikan anda membaca dan mengikut semua arahan pada pembungkusan sebelum anda mula menanggalkan bulu roma anda.

Jika anda memilih untuk menggunakan wax, kami cadangkan anda melulur 24 jam sebelum menanggalkan bulu roma bagi mendapatkan kesan terbaik, lebih-lebih lagi jika anda mempunyai bulu roma mencekam. Dan jika anda menggunakan kaedah lilin untuk tampak menawan di acara istimewa, pastikan anda memperuntukkan masa sehari untuk menghilangkan sebarang kesan kemerahan.

Produk Veet memberi kesan terbaik pada kulit bersih dan kering. Minyak semula jadi kulit atau sisa pelembap boleh menjejaskan kesan semua produk Veet. Jadi, basuh dan keringkan bahagian yang perlu dirawat sebelum menanggalkan bulu roma.

Dan jangan lupa bahawa Veet mempunyai rangkaian produk Sensitif, yang dirumus khas untuk kulit sensitif.

Dengan mengikut petua ini, anda boleh memilih kaedah yang anda gemari untuk menanggalkan bulu roma anda dan bersedia untuk menarik tumpuan walau ke mana sahaja anda pergi!