Cubalah Veet Wax

Dengan Veet Wax Strips, anda bukan sahaja boleh melulur dan melicinkan kulit dengan segera, tetapi juga mengekalkan kelicinan sehingga empat minggu. Ia dirumus khas dengan Shea Butter, yang terkenal kerana ciri-ciri pelembapan dan diharumkan dengan Berry untuk disesuaikan dengan Kulit Normal. Ia juga mudah digunakan – cuping Easy Grip™ khas membantu anda mendapatkan teknik dan kepakaran untuk menanggalkan bulu roma dari umbinya dengan satu sentapan mudah. Malah, Veet Wax Strips berkesan meluruhkan bulu roma pendek – dan dengan penggunaan secara tetap, bulu roma yang tumbuh semula adalah lebih sedikit, lebih halus dan lebih lembut.

Dengan penggunaan lilin Veet, anda boleh memiliki kulit yang licin dan cantik menawan sehingga 28 hari. Dan oleh sebab jalur lilin berkesan menanggalkan bulu roma sependek 1.5mm atau lebih panjang, anda tidak perlu menunggu lama!

Jika anda mahukan kesan yang cepat, Veet wax strips sedia untuk digunakan dan membolehkan anda menanggalkan bulu roma dengan pantas tanpa perlu memanaskan waxdalam ketuhar gelombang mikro. Anda hanya perlu menggosok jalur dengan kedua tapak tangan – tetapi pastikan kulit anda benar-benar bersih dan kering untuk memastikan lilin benar-benar berkesan.

Untuk menanggalkan bulu roma pada muka, wax khas untuk muka yang kami hasilkan sesuai untuk bahagian yang kecil dan remeh seperti atas bibir, pipi dan dagu. Dan jikakulit anda sensitif, wax strips sensitif Veet memang sesuai untuk anda!


Jika anda mahukan kemasan profesional, anda boleh mendapat kualiti rawatan salun di rumah dengan memilih produk daripada rangkaian Veet Easy Wax. Atau jika anda mahukan kesan segera tetapi tidak mahu menggunakan salutan lilin, anda boleh pilih krim penanggal bulu roma Veet yang sesuai untuk anda.


Anda boleh mendapati arahan lengkap cara untuk menggunakan jalur lilin sejuk Veet di sini. Atau menonton video arahan kami yang menyenangkan sebagai panduan anda.